Awesome Music News Shows

Dato Rossa : Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada Catat Jualan Tiket Paling Mahal


17/02/2016
Post Image
UTUSAN, KUALA LUMPUR  – Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya pada 27 Februari ini mendapat sambutan hebat apabila sebanyak 100 tiket termahal konsert itu habis dijual.

Penaung Diraja konsert berkenaan, Tengku Datuk Seri Kamarulzaman Sultan Abu Bakar berkata, ini adalah kali pertama Istana Budaya menawarkan tiket pada harga RM5,000 dan beliau sangat gembira dengan sambutan yang diberikan.

“Sebelum ini tiket termahal yang pernah dijual adalah RM1,500 tetapi kali ini RM5,000, memang suatu rekod baharu sebenarnya.

“Kami menawarkan 100 tiket dengan harga berkenaan, sehingga kini kesemua tiket sudah habis terjual,” katanya dalam sidang akhbar Konsert serta Pameran Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya di sini hari ini.

Konsert berkenaan menampilkan gabungan tujuh penghibur hebat sepanjang zaman iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, Datuk Leonard Tan, Datuk Yusni Hamid, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi dari Indonesia, Datuk Rossa.

Persembahan pada malam itu bakal diserikan dengan iringan pemuzik Kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan yang diketuai oleh Mustafa Fuzer Nawi. Konsert berkenaan dianjurkan Luhur Nurani dengan kerjasama Yayasan ALMAS, Persatuan Siswazah Warisan dan Pertubuhan Strategis Bersatu.

Sementara itu, Tengku Kamarulzaman berpendapat, sambutan yang diterima konsert itu secara tidak langsung akan mengangkat martabat dan prestij Istana Budaya sendiri.

“Konsert ini adalah kemuncak kepada Konsert dan Pameran Raja dan Rakyat Berpisah Tiada yang berlangsung pada 24 sehingga 27 Februari ini.

“Persembahan konsert kali ini juga akan menampilkan gaya dan kepakaran teknologi pentas yang terkini dari dalam dan luar negara yang saya yakin akan memukau penonton yang hadir,” katanya.

17 Februari 2016 1:10 AM

Currently there are no comments related to this article. You have a special honor to be the first commenter. Thanks!

Leave a Reply

* Your email address will not be published.
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>