Competition Archives - Rossa https://rossaofficial.com/tag/competition/ Official Website Mon, 06 Aug 2018 07:48:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.4.15 https://rossaofficial.com/wp-content/uploads/2018/03/cropped-ROSSA-LOGO-32x32.png Competition Archives - Rossa https://rossaofficial.com/tag/competition/ 32 32 Rossa Antara Juri Tetap, 3 Juara Tawar RM300,000 https://rossaofficial.com/2016/10/12/rossa-antara-juri-tetap-3-juara-tawar-rm300000/ https://rossaofficial.com/2016/10/12/rossa-antara-juri-tetap-3-juara-tawar-rm300000/#respond Wed, 12 Oct 2016 06:22:28 +0000 https://rossaofficial.com/?p=1154 MSTAR, KUALA LUMPUR: Program realiti terbaharu terbitan TV3 iaitu 3 Juara bakal memperlihatkan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Datuk Rossa sebagai juri tetap bagi Kategori Balada. Penerbit Eksekutif 3 Juara, Muhamad Suffian Che Isa berkata, pemilihan Rossa  kerana kredibiliti penyanyi itu selain ia sebagai gimik untuk menghangatkan musim pertama penerbitan program berkenaan.

”Rossa seperti kita tahu mempunyai […]

The post Rossa Antara Juri Tetap, 3 Juara Tawar RM300,000 appeared first on Rossa.

]]>
MSTAR, KUALA LUMPUR: Program realiti terbaharu terbitan TV3 iaitu 3 Juara bakal memperlihatkan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Datuk Rossa sebagai juri tetap bagi Kategori Balada.

Penerbit Eksekutif 3 Juara, Muhamad Suffian Che Isa berkata, pemilihan Rossa  kerana kredibiliti penyanyi itu selain ia sebagai gimik untuk menghangatkan musim pertama penerbitan program berkenaan.

”Rossa seperti kita tahu mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian selain pernah bertindak sebagai juri dan pengkritik beberapa program di Indonesia.

“Pemilihannya juga adalah sebagai gimik untuk musim pertama dan Rossa boleh menjadi jurucakap untuk 3 Juara di Indonesia dalam mempromosikan peserta dan program ini,” katanya. Suffian ditemui pada majlis memperkenalkan peserta dan barisan juri rancangan itu yang diadakan di sini, Selasa.

Selain Rossa, dua lagi penyanyi yang terpilih sebagai juri adalah Awie (kategori rock) dan Noraniza Idris (irama Malaysia). Manakala Ajai, Edrie Hashim dan Pak Ngah bertindak sebagai penerbit.

Pada majlis sama turut diperkenalkan 24 peserta yang bakal berentap menerusi tiga kategori dipertandingkan.

3 Juara bakal bersiaran setiap hari Ahad, 9 malam bermula 16 Oktober ini di TV3. Dalam pada itu, Suffian berkata,3 Juara bakal menampilkan format sistem liga di mana setiap peserta akan berentap bersama pasangan  dalam kategori sama pada setiap minggu.

Peserta katanya akan memungut mata daripada undian penonton, juri tetap dan penerbit bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya. “Setiap kategori akan ada lapan peserta dan mereka akan berentap sesama sendiri bagi memungut mata untuk terpilih sebagai dua peserta terbaik sebelum bersaing di peringkat akhir,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai konsep program itu, Suffian berkata, ia berkonsepkan ‘battle’ oleh dua peserta dari setiap kategori setiap minggu. “Setiap minggu peserta dari genre rock sebagai contoh akan berentap dengan pesaing dalam kategori sama.

“Hanya seorang daripada setiap genre akan diumumkan sebagai juara,” ujarnya. Program itu bakal memperlihatkan pelakon Mira Filzah, Ammar dan Issey Titan bertindak sebagai pengacara. Juara progran berkenaan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300,000.

Rabu, 12 Oktober 2016 5:45 AM

The post Rossa Antara Juri Tetap, 3 Juara Tawar RM300,000 appeared first on Rossa.

]]>
https://rossaofficial.com/2016/10/12/rossa-antara-juri-tetap-3-juara-tawar-rm300000/feed/ 0
Rossa Siap Pilih Peserta ‘INDONESIAN IDOL’ 2010 https://rossaofficial.com/2010/02/24/rossa-siap-pilih-peserta-indonesian-idol-2010/ https://rossaofficial.com/2010/02/24/rossa-siap-pilih-peserta-indonesian-idol-2010/#comments Wed, 24 Feb 2010 14:32:39 +0000 https://rossaofficial.com/?p=1176 Kapanlagi.com – Pengalaman yang tak sebentar sebagai biduan di belantika musik tanah air menjadi modal Rossa untuk menerima sebagai salah seorang juri tamu di INDONESIAN IDOL tahun ini. Bahkan keikutsertaan ibu satu anak itu sudah dimulai sejak masa audisi di beberapa kota. Dia sendiri kagum dan bangga dengan antusias anak muda yang mempunyai bakat bernyanyi. […]

The post Rossa Siap Pilih Peserta ‘INDONESIAN IDOL’ 2010 appeared first on Rossa.

]]>
Kapanlagi.com – Pengalaman yang tak sebentar sebagai biduan di belantika musik tanah air menjadi modal Rossa untuk menerima sebagai salah seorang juri tamu di INDONESIAN IDOL tahun ini. Bahkan keikutsertaan ibu satu anak itu sudah dimulai sejak masa audisi di beberapa kota. Dia sendiri kagum dan bangga dengan antusias anak muda yang mempunyai bakat bernyanyi.

“Walau ini pengalaman kali pertama saya namun saya yakin ada tidaknya kemampuan dari para peserta audisi. Yang penting kita mendengarkan suara mereka dan bisa nyanyi,” katanya usai temu media hari terakhir audisi menuju 96 besar di MGK Kemayoran, Jakarta Pusat, Selasa (23/2).

Selain itu, lanjutnya, menjadi seorang penyanyi yang bagus harus memiliki mental kuat walau berada di bawah tekanan dari manapun. “Mereka juga harus punya mental yang kuat, kalau dicela Anang jangan langsung nangis. Dan kalau ada yang sampai marah di luar, itu memperlihatkan mental yang tak kuat. Kalau kuat berarti kita pilih yang benar,” jelasnya lagi.

Tentang mental yang tidak kuat pernah dia alami ketika berada di Medan. Seorang peserta yang dianggap Rossa mempunyai peluang baik akhirnya harus terdepak karena tidak dapat memanfaatkan peluang di depan matanya.

“Yang di Medan, kita pikir bagus lalu diminta istirahat sampai sejam tapi ternyata masih begitu jadi kita nggak loloskan,” pungkasnya.

Rabu, 24 Februari 2010 14:22

The post Rossa Siap Pilih Peserta ‘INDONESIAN IDOL’ 2010 appeared first on Rossa.

]]>
https://rossaofficial.com/2010/02/24/rossa-siap-pilih-peserta-indonesian-idol-2010/feed/ 1